KUALA LUMPUR: Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa esok.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata bilangan jemaah bagi tujuan sama di tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 250 orang manakala bagi Surau Jumaat ialah 150 orang dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula seramai 100 orang.
Beliau berkata bilangan jemaah bagi tujuan sama di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 80 orang.
"Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Ajib berkata ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan Peralihan Fasa PPN.
Beliau berkata bagi solat fardu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 200 orang, tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah (100 orang) manakala Surau Jumaat (50 orang).
Katanya bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula dibenarkan seramai 50 orang manakala bagi Surau Jumaat serta Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat sama di PPR dan PA DBKL serta semua surau dibenarkan seramai 40 orang.
Mohd Ajib berkata bagi Labuan yang berada dalam Fasa Empat PPN, bilangan jemaah solat Jumaat di semua Masjid Zon, Masjid Kariah, Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat dibenarkan separuh daripada kapasiti sebenar, yang turut berkuat kuasa esok.
Katanya pada masa sama, bilangan jemaah bagi solat fardu di semua masjid dan surau dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama.
Selain itu, beliau berkata kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu untuk kuliah yang lain, dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
"Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.
"Semoga umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan, terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa esok. - Gambar fail/Astro AWANI
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
Israel akan benarkan jumlah jemaah yang sama memasuki al-Aqsa pada minggu pertama Ramadan
Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat para pegawai keselamatan tertinggi negara itu mengenai solat di tapak suci umat Islam dan Yahudi itu.
Solat Jumaat di masjid di KL, Putrajaya dibenarkan 500 orang - JAWI
Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa esok.
Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri
Kebenaran membuka masjid dan penetapan jumlah jemaah semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tertakluk bawah bidang kuasa negeri.
Semua masjid dan surau di Selangor dibuka mulai Jumaat ini
Bilangan jemaah yang boleh menunaikan solat pada satu-satu masa di masjid serta surau di Selangor masih tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.